Sunday, March 7, 2010

Penjagaan Enjin Motorsikal

Motorsikal perlulah dijaga bagi memastikan ianya tidak membebankan si pengguna jika ia mengalami kerosakkan. Yang paling penting sekali ialah menjaga enjinnya.. Kerana jika enjin tidak dijaga maka tidak boleh berjalanlah motor anda.. Jadi hari ni saya akan senaraikan tips-tips bagi menjaga motor anda..

Tips-tips penjagaan motorsikal:

1. Memastikan minyak 4t anda sentiasa ditukar dalam masa yang ditentukan(mengikut jenis motor anda)
2. Menukar spark-plug motor anda dari menggelakkan enjin motor anda dari semput..
3. Menukar tayar motorsikal anda jika terdapat kekurangan bunga kerana ia memainkan peranan pentin dijalanraya
4. Pastikan air bateri motor anda dalam keadaan yang penuh..
5. Isikan minyak pada rantai anda bagi menggelakkan rantai menjadi panjang dan sporket menjadi tumpul..

Dalam penjagaan motorsikal, motor yang mempunyai 4 lejang perlulah dijaga enjinnya kerana ia motorsikal yang susah dijaga sikit berbanding dengan motor yang mempunyai 2 lejang kerana ianya menggunakan minyak 2t dan 4t..

Tips penjagaan motosikal

Assalamualaikum semua,

Kepada anda yang baru membeli motosikal,
berikut adalah tips ringkas penjagaan motosikal:

PENJAGAAN motosikal sebenarnya tidaklah begitu sukar seperti yang mungkin dianggap sesetengah orang. Ikuti manual penjagaan yang diberikan pengeluar motosikal.

1. Jadual penukaran minyak pelincir dan servis perlu diikuti secara tepat untuk memastikan tahap perlindungan enjin secara maksimum.

2. Gunakan minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya seperti minyak pelincir Shell yang dicipta khas untuk motosikal.

3. Pastikan juga motosikal anda sentiasa dibersihkan dan seperti yang pernah diperkatakan, basuh sendiri motosikal dan teliti setiap bahagian sambil memeriksa setiap komponen untuk mengenal pasti kerosakan kecil yang mungkin dialami.

4. Tukar bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal.

5. Berikan lebih tumpuan pada bahagian motosikal yang membabitkan keselamatan penunggang seperti brek, tayar dan pengendalian.

6. Dapatkan nasihat rakan berpengalaman dan pelajari cara mengenal pasti tahap kehausan. Sebagai contoh, tayar mempunyai penanda tahap kehausan untuk memberi panduan bilakah tayar perlu ditukar. Bateri pula perlu diperiksa tahap elektrolit dan selalunya tahan sehingga dua tahun.

7. Penelitian adalah penting untuk memastikan motosikal sentiasa berada dalam keadaan baik. Hantar motosikal untuk diperiksa mekanik bertauliah seandainya dirasakan perbezaan sewaktu mengendalikan motosikal anda. Ini menjamin tahap keselamatan jentera dan menjanjikan kepuasan jangka panjang.

Note: Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati"